fbpx

Luahan Pembaca: Warga asing kuasai ekonomi, nikmati subsidi rakyat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARGA asing dilihat menguasai tempat tumpuan umum di Kuala Lumpur.– GAMBAR HIASAN

Saudara Pengarang,

Kebanjiran warga asing di negara ini terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur pada masa ini semakin menjadi-jadi sehinggakan mereka menguasai sesetengah kawasan tumpuan umum.

Lebih membuatkan orang ramai terkilan adalah warga asing turut menikmati barangan bersubsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tempatan.

Dalam hal ini, saya meminta pihak berwajib segera bertindak dengan melakukan beberapa langkah sewajarnya bagi membendung masalah ini daripada terus berleluasa.

Jika kerajaan masih menganggap kebanjiran warga asing ini sebagai biasa walaupun rakyat sudah muak dengan keadaan mereka yang dilihat menguasai ekonomi, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini.

Mereka bukan saja menguasai setiap sudut ekonomi, tetapi turut menikmati apa yang sepatutnya disasarkan kepada golongan susah di negara ini.

Kerajaan perlu melihat kembali dasar pengambilan pekerja asing yang mana hanya diperlukan untuk sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan.

Tetapi sekarang, pekerja warga asing dilihat bebas memilih sektor pekerjaan seperti menjalankan perniagaan dan ini melanggar permit kerja yang dikhususkan kepada mereka.

Mengapa permit kerja tidak diikuti dan dibiarkan tanpa dikenakan tindakan tegas seperti menghantar mereka pulang ke negara asal?
Sudah sampai masa kerajaan melihat masalah ini dengan serius sebelum lebih parah.

Warga Terasing
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI