fbpx

Luahan Pembaca: Hentikan segera dera kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

Saudara Pengarang,

Kisah seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun didera bapa dan ibu tirinya dengan diberi makan nasi putih berlauk cili, garam dan lada hitam sehingga bibirnya luka baru-baru ini mengundang perasaan sebak rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, dia juga ditendang, dipukul dan dirotan.

Kisah sedih itu diceritakan sendiri mangsa yang diselamatkan orang awam selepas berjaya melarikan diri dari rumah keluarganya di Bahau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Lebih mengundang sebak, ibunya yang datang dari Sarawak terus didakap erat oleh anaknya itu dalam pertemuan penuh emosi di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Dalam hal ini, saya menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah proaktif menangani kes dera yang semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Penderaan sama ada dari darah daging sendiri dan di pusat penjagaan kanak-kanak atau taska masih belum menemui jalan penyelesaian.

Antara langkah yang boleh diambil termasuk menyediakan pasukan pemeriksaan mengejut dan rawak di semua taska di seluruh negara terdiri daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), persatuan penduduk serta orang ramai.

Tindakan turun padang dapat membantu JKM dan kementerian mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dalam memastikan kes-kes penderaan menurun.

Sekiranya terdapat kanak-kanak di taska yang mempunyai parut kesan kecederaan, maka pemeriksaan lanjut perlu dilakukan segera.

Selain itu, pengusaha taska perlu diwajibkan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) dan laporan berkala dari segi keselamatan kanak-kanak di taska kerajaan mahupun swasta.

Seterusnya, inisiatif kepada orang ramai yang melaporkan kes-kes penderaan perlu diberikan dalam bentuk wang tunai, sebagaimana Jabatan Kastam yang memberi imbuhan tunai kepada orang ramai yang melaporkan kes barang disorok untuk mengelak pembayaran cukai.

Dalam hal ini, orang perseorangan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat perlu bersama-sama berganding bahu dengan pihak berkuasa bagi menangani kes penderaan kanak-kanak serta segera melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku kes sedemikian di kawasan mereka.

Ini bagi mengekang gejala ini yang semakin serius.

Madani Mithali
Kuala Kangsar, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI