fbpx

KKM siap sedia kemunculan pandemik penyakit X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan ancaman pandemik besar yang digelar sebagai penyakit X oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya sentiasa memantau jika ada sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik.

“Penyakit itu dinamakan penyakit X sebab kita tidak tahu lagi itu penyakit apa. Ketika berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pun tiada yang dibincangkan mengenai penyakit ini antara 193 ahli.

“Di peringkat WHO, jika ada penyakit ini dalam Malaysia tentu mereka akan berikan ‘alert’ (amaran) kepada negara-negara berkenaan.

“Jadi apa pun, kita (KKM) sentiasa bersiap siaga dan pantau jika ada apa-apa kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, ICU dan Wad Tambahan di Hospital Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, pakar kesihatan global percaya ancaman pandemik besar seterusnya dikenali sebagai penyakit X semakin hampir dan boleh meragut sehingga jutaan nyawa berbanding Covid-19.

Oleh itu, WHO menyarankan penyediaan segera vaksin sebagai tindak balas cepat setelah dunia berada pada situasi ‘tidak bersedia’ ketika menghadapi Covid-19 pada awal 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI