fbpx

Kerajaan negeri Perak mahu orang muda belajar TVET di IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika bercakap pada Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri Perak berusaha untuk meningkatkan penyertaan rakyat negeri ini terutamanya belia supaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) berkaitan program latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha itu merupakan satu gesaan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja yang bakal diciptakan hasil potensi pelaburan berbilion ringgit di negeri tersebut.

Katanya, ini kerana didapati IPT di Perak terutama berkaitan TVET kurang mendapat sambutan meskipun banyak kursus yang ditawarkan.

Sebagai contoh, beliau berkata, Kolej Komuniti yang menyediakan banyak kursus TVET namun tidak mendapat perhatian golongan belia.

“Kita hendak pujuk, kita hendak rayu, kita hendak kempen orang muda supaya berminat untuk masuk ke dalam kolej-kolej komuniti, Giat Mara, Institut Kemahiran mara (IKM).

“Sebab kelihatan tidak ramai orang yang berminat terutama belia untuk terlebih dahulu masuk belajar dan dapatkan kemahiran sebelum dapat kerja. Kebanyakan lebih berminat untuk terus mohon mendapat kerja,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr. Najihatussalehah Ahmad (Pas-Bota) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Pada masa sama, Saarani menyenaraikan beberapa potensi limpahan pelaburan sehingga RM100 bilion untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Antara pelaburan disebut beliau ialah Automotive High-Technology Valley (AHTV) bernilai RM40 bilion di Tanjong Malim dalam tempoh 10 tahun akan datang, dan Lumut Maritime Industrial City (Lumic) di Pelabuhan Lumut yang berpotensi menjana peluang pelaburan berjumlah RM72 bilion dengan 51,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 25 tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI