fbpx

Insya-Allah dia okey, jangan risau – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz menitipkan doa buat bekas isterinya, Noor Nabila yang bercerai dengan Engku Emran hari ini.

PETALING JAYA – “Insya-Allah dia okey, jangan risau.”

Itu antara respons pelakon Sharnaaz Ahmad apabila ditanya mengenai perceraian bekas isterinya, Noor Nabila dan Engku Emran hari ini.

Kata pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, dia yakin Nabila mampu menghadapi ujian tersebut selain menyifatkan bekas isterinya itu sebagai wanita yang kuat.

“Dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, hendak buat macam mana.

“Bukannya kita minta, kalau kita minta lainlah. Memang akan ada benda tak kena dalam hidup, jadi kena terima,” katanya dalam siaran langsung Instagram hari ini.

Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo 3 itu juga percaya setiap ujian pasti akan ada sinar yang menanti pada kemudian hari.

“Tuhan beri kita macam-macam. Apabila dia beri yang baik, kita buat-buat tak nampak tetapi apabila dia beri yang tidak seronok, kita nampak pula.

“Dia tarik nikmat dan buat kita rasa pening sikit untuk memberi sinar lain dalam hidup. Selalulah fikir positif,” jelasnya.

Sementara itu, dia juga menasihatkan orang ramai agar tidak campur tangan sehingga melemparkan sebarang tanggapan negatif mengenai masalah individu lain.

“Kadang-kadang sebagai manusia, jangan menyibuk sangat hal orang sebab hal sendiri pun tak tahu apa akan jadi nanti.

“Jangan terlalu ‘over’ sibuk pasal hal orang dengan buat andaian. Tuhan pun akan balas semula apa yang kita kutuk orang lain.

“Apa sahaja yang kita bercakap pada orang, Tuhan akan beri semula hal sama pada kita,” jelasnya.

Hari ini, Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, Nabila mendedahkan bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak Mac 2021.

Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Kemudian, dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI