fbpx

Harimau Selatan menang bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG JDT, Bergson Da Silva meraikan gol jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika menewaskan Negeri Sembilan pada suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk me­nundukkan Negeri Sembilan FC 4-1 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, malam kelmarin biarpun turun tanpa pemain utama.

Ketua jurulatih JDT, Esteban Solari hanya mengekalkan Bergson Da Silva, Juan Muniz dan Shio Hong Wan daripada kesebelasan utama yang berdepan Kawasaki Frontale pada aksi Liga Juara-juara Asia (ACL), Selasa lalu.

Walaupun menurunkan ramai pemain yang jarang beraksi, Solari berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan sete­rusnya membalas kepercayaan yang diberikan.

“Semua pemain yang diturunkan telah menjalankan tugas dengan baik apabila mempamerkan aksi terbaik, pada babak pertama berjaya meledak tiga gol.

“Setelah selesa di hadapan, pemain tampak hilang tum­puan dan membenarkan pemain ­Negeri Sembilan ambil kesempatan dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan.

“Pada babak kedua, kita mula hilang rentak dan tahap intensiti permainan juga dikendurkan apabila memasukkan pemain yang baru pulih daripada kece­deraan seperti Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo.

“Fernando tampak semakin yakin untuk beraksi, malah berjaya membuat gol sekali gus meningkatkan keyakinan dan mengembalikan sentuhan magisnya,” katanya.

Dalam pada itu, Solari turut memuji persembahan Syamer Kutty Abba yang mengemudi bek pertahanan bersama Feroz Baharuddin serta Syahmi Safari yang beraksi konsisten sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Ditanya mengenai pasukan yang diharapkan bertemu JDT pada aksi separuh akhir Piala Malaysia, Solari sukar membuat keputusan kerana Sabah FC dan Perak FC masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

“Sabah dibarisi pemain berpengalaman, manakala Perak dibarisi pemain muda yang be­kerja keras, kedua-dua pasukan ini mampu beri saingan dalam aksi separuh akhir nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI