fbpx

Gorila lari lintang-pukang takut hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor gorila itu dilihat memegang jaket berwarna kuning ketika berlari untuk berteduh. - ARK MEDIA

LONDON –  Sebuah klip video memaparkan gelagat dua ekor gorila di sebuah zoo di  Britain berlari mencari tempat berteduh ketika hujan lebat mencuit hati orang ramai, lapor portal berita MailOnline kelmarin. 

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok, haiwan pintar itu dilihat berlari dalam keadaan panik ke arah kandangnya di Zoo London.

Seorang pengunjung didengari ketawa melihat gorila itu berlari melintasi kawasan  berumput dengan laju. 

Gorila pertama dilihat memegang sayuran hijau,  manakala tangan kiri digunakan untuk menutup kepalanya. 

Seekor lagi gorila berlari ke arah kandang sambil memegang sehelai jaket untuk dijadikan sebagai ‘payung’. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI