fbpx

Fify Azmi terhibur dapat jolokan ‘playgirl’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFY Azmi sekadar terhibur dengan jolokan 'playgirl' terhadap dirinya.

KUALA LUMPUR – Patah tumbuh hilang berganti namun dalam situasi pelakon Fify Azmi, pepatah tersebut membawa pandangan negatif buat dirinya.

Gara-gara dilihat mudah bertemu pengganti selepas perancangan perkahwinan dengan aktor Nafiez Zaidi tidak kesampaian, dia dilabel sebagai ‘playgirl’.

Tidak selesa dengan tuduhan sembrono netizen, tegas Fify, sememangnya selama ini dia miliki ramai kenalan, terutama membabitkan pelakon lain di set penggambaran, namun itu tidak bermakna dirinya pantas membina cinta baharu.

“Orang yang rapat dengan sya semuanya kawan yang selalu saya bekerja, malah Nafiez pun sampai sekarang saya masih kerap jumpa di lokasi penggambaran.

“Saya sudah beritahu awal-awal, tiada niat nak bercinta atau apa (serius) dalam berkawan. Kalau orang nak kenal, saya akan cakap boleh saja. Kenapa tidak?

“Nak kata saya macam-macam terpulanglah. Tengoklah macam mana,” katanya selepas pratonton filem Fanna di Dadi Pavilion, baru-baru ini.

Fify yang membawakan watak utama dalam filem aksi romantik bersama Syafie Naswip itu turut mengakui keakraban dengan aktor Syazwan Zulkifly juga disebabkan mereka kerap digandingkan dalam naskhah lakonan.

“Saya dengan Syazwan pun sudah lama berkawan rapat sebab sebelum ini banyak berlakon bersama. Selepas ini pun kami bakal terbabit dengan sebuah lagi penerbitan.

“Tetapi saya tak mahu cakap apa-apa, biarlah sesiapa mahu bercakap mengenai kami. Lagipun banyak andaian, lagi ‘syok’ saya tengok. Berilah hiburan untuk saya juga,” ulasnya secara berseloroh.

Terdahulu, Fify, 33, dan Nafiez mula intim sejak membintangi filem Ada Hantu 2 sebelum menerima rombongan merisik pada Jun 2022.

Perhubungan mereka menemui noktah sekitar April lalu biarpun sudah merancang mendirikan rumah tangga pada Disember depan.

Tidak menunggu lama, Fify dilihat mesra dengan Syazwan yang turut sama-sama membintangi filem 100.

Berkongsi tentang filem yang bakal ditayangkan pada 28 September nanti, pemilik nama sebenar Nur Afiqah Mohamed Azmi itu mengakui teruja menanti maklum balas ramai.

Biasa dengan kisah aksi, katanya melakukan babak mesra dengan Syafie yang pertama kali digandingkan dengannya dirasakan agak sukar.

Namun, sikap tenang selain banyak membantu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 dan ke-25 itu melancarkan adegan antara mereka.

“Saya biasa membintangi filem aksi tetapi dalam Fanna lebih banyak babak romantis serta sarat emosi dan menangis, jadi memang kena betul-betul ambil mood.

“Kami banyak berbincang untuk hidupkan watak, malah pengarah Andy Weng turut berikan beberapa minit untuk saya ambil mood menangis,” kongsi penerima trofi Pelakon Harapan Wanita FFM ke-31 itu.

Selain Fify dan Syafie, Fanna dibarisi Syafie Naswip, Colleen Rosanna Augustin, Andy Black Tan, Rashid Salleh, Charles Nilbert, Kenji Sawahii, Sahronizam Noor, Roy Azman dan Aleza Shadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI