fbpx

Ombak kuat, tiga trip feri Pulau Langkawi dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Sebuah feri yang membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik ekoran ombak kuat dalam kejadian pada pukul 4.43 petang tadi.

Menurut Penolong Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, feri tersebut bertolak dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi kira-kira pukul 4 petang dan dijadualkan tiba di Kuala Kedah pada pukul 6 petang.

“Kejadian berlaku kira-kira 43 minit selepas feri tersebut bertolak dari Kuah. Belum pun melepasi Pulau Payar, laut bergelora dengan ombak kuat sehingga tiga meter.

“Kapten feri berkenaan tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang dengan keselamatan penumpang dan meminta kebenaran untuk berpatah balik ke Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kesemua penumpang serta kru feri itu selamat tiba di Kuah kira-kira pukul 5.20 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI