fbpx

Enggan orang kata banyak duit nak akses CCTV sekolah anak – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

PETALING JAYA – Usahawan selebriti, Neelofa mendedahkan anak sulungnya, Muhammad Bilal sudah diperkenalkan dengan aktiviti pembelajaran bermula di rumah di bawah bimbingan seorang guru.

Katanya, hanya baru-baru ini puteranya yang baharu berusia 21 bulan itu dihantar ke sekolah bagi membolehkannya bergaul dengan rakan sebaya.

“Sebenarnya sebelum ini saya memang ada panggil cikgu datang ke rumah untuk mengajar Muhammad Bilal.

“Kalau dulu waktu mengajar kira-kira tiga kali seminggu, tetapi selepas dia sudah bersekolah, cikgu cuma datang sekali seminggu.

“Walaupun dah belajar di rumah, saya tetap perlu hantar anak ke sekolah kerana dia perlu bersosial,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran koleksi Disney X Naelofar, baru-baru ini.

Isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail atau PU Riz itu mengulas mengenai keputusan menghantar anaknya mengikuti pendidikan di sekolah pada usia kanak-kanak.

Pada masa sama, Neelofa yang juga ibu kepada dua cahaya mata mengulas mengenai pendapatnya berhubung kebenaran akses kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah anak-anak kepada ibu bapa.

Katanya, trauma mengikuti kes penderaan kanak-kanak membuatkannya berkongsi luahan tersebut yang disifatkan sekadar pandangan apabila turut melalui perasaan sama seperti ibu lain.

“Dalam industri seni atau tidak, apabila membabitkan mengenai keutamaan ibu bapa, saya juga macam mak-mak lain yang mahukan anak selamat dan terjaga.

“Saya tahu perkara itu menjadi perdebatan banyak pihak, ada yang setuju dan tidak. Saya luahkan kerana trauma melihat banyak video tular (berkaitan penderaan) yang keterlaluan.

“Kalau lalu dekat ‘timeline’ sosial media, saya akan skip (langkau). Baca kapsyen saja, tak sanggup tengok. Nauzubillah, minta jauh daripada kita semua,” ulasnya.

Tidak mempertikaikan keputusan pengurusan, Neelofa menyifatkan akses terhadap CCTV di premis sebagai nilai tambah kepada sesebuah tadika atau taska.

“Apa yang saya nampak, walaupun ada positif dan tak terima, saya rasa ini satu ‘selling point’ unik untuk pihak taska dengan menawarkan kelebihan itu sebagai satu pakej.

“Tapi saya tidak mahu orang kata sebab banyak duit nak akses CCTV. Pandangan saya, anda boleh akses kemudahan ini dari rumah jadi ibu bapa tidak boleh sesuka hati tuding jari jika berlaku sesuatu perkara,” tambahnya.

Selain Muhammad Bilal, rumah tangga Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan PU Riz turut diserikan seorang lagi putera, Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI