fbpx

Dewan Negara: Tiga inisiatif domestik bantu pekebun kecil getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah serta pengeluaran getah negara dengan melaksanakan strategi jangka masa panjang antaranya Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata, kerajaan telah menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi IPG dari RM2.50 ke RM2.70.

Katanya, sehingga Ogos 2023, pemberian IPG telah memberi manfaat kepada 217,705 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM474.54 juta. Program IPG ini telah dilaksanakan bermula September 2015.

“Selain IPG, kerajaan melalui LGM telah melaksanakan Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (Target) melalui Konsep Koperasi Pekebun Dan Pengusaha Ladang Getah Tempatan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan (supply chain) dengan penglibatan pekebun dalam rantaian industri getah (integrasi menegak).

“Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil getah. Sehingga bulan Ogos 2023, peserta program Target telah melepasi fasa Incubator,” jelasnya di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga turut memperkenalkan Program Insentif Pengeluaran Getah (IPL) bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui peniaga getah atau koperasi serta menggalakkan untuk mengeluarkan lateks bagi menampung bekalan lateks negara untuk sektor hiliran.

“Bagi menggalakkan penyertaan, setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini akan menerima insentif tunai sebanyak RM 1.00/kg bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

“Para peserta juga menerima bantuan di dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara sekali beri (one-off),” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI