PETALING JAYA – Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) dijangka dapat disiapkan dan digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada tahun 2026.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, status kemajuan fizikal sehingga 15 September 2023 adalah 57.22 peratus sebenar berbanding 57.64 peratus yang dijadualkan.
“Bagi negeri Kelantan, terdapat 10 kontrak di mana dua di peringkat perolehan, tujuh di peringkat pembinaan dan satu telah siap.
“Manakala bagi Negeri Pahang pula, terdapat 16 kontrak kerja, di mana tujuh di peringkat pembinaan dan sembilan telah siap,” katanya di Dewan Negara ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang ingin tahu perkembangan lebuh raya tersebut hari ini.
Tambah Abdul Rahman, kos keseluruhan projek tersebut adalah sebanyak RM7.7 bilion. – KOSMO! ONLINE.