fbpx

Biar kanak-kanak lemas, polis tahan abang tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang kanak-kanak lemas di dalam kolam sebuah apartmen di Bangi, Kajang, 13 September lalu.

KAJANG – Seorang abang tiri ditahan bagi membantu siasatan selepas mendapati dirinya hanya berdiri dan melihat sahaja seorang kanak-kanak lemas berusia empat tahun di sebuah apartmen di Bangi, 13 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang merupakan abang tiri mangsa berusia 26 tahun itu diberkas Ahad lalu.

Katanya, penahanan dibuat selepas penelitian dijalankan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses.

“Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.

“Suspek dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Zaid, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, 13 September lalu.

“Siasatan mendapati, mangsa maut sekitar pukul 3 petang selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartmen itu sebelum dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke Hospital Serdang, bagi rawatan selanjutnya.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Mohd Zaid berkata, suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

“Kes disiasat dan diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI