fbpx

Bercerai dengan Brad Pitt pengalaman berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIFER ANISTON

SELAMA 30 tahun dalam industri hiburan Hollywood, banyak hal pahit manis dilalui Jennifer Aniston.

Antara yang dilalui pelakon sitkom, Friends itu termasuklah perceraian dengan dengan aktor, Brad Pitt.

Bagaimanapun, pelakon yang kini berusia 54 tahun itu menganggap, apa yang berlaku dalam hidupnya adalah suatu pengalaman berharga.

Kata Aniston, sebagai manusia biasa, dia perlu menghargai setiap kehidupan yang dilaluinya dan sentiasa bersikap positif. Untuk bahagia, rahsianya hanya perlu cekal dan percaya pada diri.

“Percaya pada diri itu penting. Kita perlu percaya pada tahap kemampuan diri untuk meraih sukses dalam kehidupan,” jelasnya.

Selain itu, Aniston turut mengingatkan peminatnya supaya selalu terlibat dengan kerja-kerja amal untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah yang ada di sekeliling.

“Kalau kita rasa diri ini gagal, sebenarnya ramai lagi manusia yang lebih malang daripada kita. Justeru,

saya sering terlibat dengan kerja-kerja amal untuk mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersyukur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI