fbpx

Adik cari abang kandung hilang sejak 2016

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin menunjukkan gambar abang kandungnya yang terputus hubungan sejak 2016 di Pekan Johol, Kuala Pilah semalam.

KUALA PILAH – Seorang lelaki meminta kerjasama orang ramai untuk mencari abang kandungnya terputus hubungan sejak 2016 tanpa sebarang khabar berita.

Kamarudin Mansor, 58, dari Kampung Ulu Inas, Johol di sini berkata, dia menjejaki abang sulungnya, Rosli Mansor, 61, itu lebih lima tahun lalu dan usaha kali terakhirnya adalah mendapatkan status abangnya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) empat bulan lalu.

Menurutnya, ketika itu abangnya dimaklumkan masih hidup dan berpandukan maklumat yang diberikan, dia cuba mengesan abangnya melalui alamat terbaharu di Sungai Bertik, Klang, Selangor.

“Saya ke sana tiga hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN). Bila sampai sana, kakak ipar saya kata abang sudah bercerai dengannya pada 2019. Bagaimanapun dua tahun sebelum itu, abang sudah pun keluar dari rumah.

“Sehingga kini, kami empat daripada tujuh beradik yang masih ada di Kuala Pilah dan Pahang tertanya-tanya ke mana abang sulong kami pergi serta bimbang dengan keadaannya. Malah, kami memang harap agar abang dapat menghubungi kami secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di Pekan Johol, di sini semalam.

Ujar Kamarudin, abangnya itu sebelum ini bekerja di Pelabuhan Klang dan kebiasaannya berhubung dengan mereka menggunakan nombor telefon rakan-rakannya yang lain.

Menurutnya, dia juga tidak mengetahui mengapa abangnya yang merupakan adik-beradik berlainan ibu itu tidak mahu memaklumkan keberadaannya di mana termasuk terputus hubungan dengan rakan-rakan yang sering dihubunginya sebelum ini.

“Menurut rakannya, media sosial Facebook abang juga sudah tidak aktif sejak 2017 lagi dan ini menyukarkan pencarian kami. Pada 2021, adik kami, Nasaruddin Mansor meninggal akibat pandemik Covid-19 dan kematiannya itu menyebabkan kami perlu menyelesaikan harta peninggalan arwah abah, Mansor Manaf di mahkamah.

“Namun, sehingga kini, urusan itu tidak dapat dibuat kerana abang gagal dikesan. Sehubungan itu, individu yang mengenali abang saya boleh menghubungi saya di talian 011-27770571,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI