fbpx

40 kanak-kanak tadika terperangkap banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menyelamatkan 40 kanak-kanak tadika Pasti Darul Ulum di Teluk Kumbar di sini yang terperangkap dalam banjir kilat, pagi tadi.

BALIK PULAU – Kira-kira seramai 40 kanak-kanak tadika Pasti Darul Ulum di Jalan Kampung Masjid Teluk Kumbar di sini terperangkap dalam kejadian banjir kilat yang berlaku pagi tadi.

Mereka terdiri 25 kanak-kanak lelaki dan 15 perempuan itu bersama tiga guru bagaimanapun berjaya dibawa keluar dengan bantuan pasukan bomba dan orang awam dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi tadi dan anggota yang terlibat dalam operasi tersebut adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau.

“Hujan lebat turun berterusan dari pukul 7 pagi hingga 10.20 pagi tadi telah mengakibatkan air naik dan banjir kilat berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

“Limpahan air dari parit mengakibatkan banjir kilat telah naik ke kawasan jalan raya dan rumah dengan paras air dua kaki (0.6 meter). Tiada Kemalangan Jiwa atau perkara yang tidak diingini berlaku.

“Keadaan selamat dan dalam keadaan terkawal ketika ini,” katanya di sini, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI