fbpx

Sajat rindu masakan ibu, menangis selepas berjaya buat lepat pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan Sajat menangis rindukan masakan ibunya selepas berjaya membuat kuih lepat pisang.

PETALING JAYA – Sajat menangis sebab Sajat teringatkan masakan mak, sebab mak selalu buat kuih-kuih macam ini.”

Itu luahan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat selepas berjaya membuat kuih lepat pisang.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Sajat berkata, sejak berkelana di negeri orang dan jauh daripada keluarganya dia sangat rindu masakan terutamanya yang dibuat ibunya.

“Hanya orang yang faham sahaja, kadang-kadang kuih yang kita nak makan tak dapat kat sini. Dia akan rasa macam mana rindunya nak makan.

“Sajat menangis ni sebab rindukan masakan orang-orang yang kita sayang. Jadi sebab itu Sajat jadi macam ni, sebab Sajat hidup sendirian kat sini, tiada siapa-siapa, adik-beradik semua jauh.

“Bila dapat buat kuih ni (lepat pisang) saya menangis, dapat buat. Sebab kuih-kuih ni mak Sajat yang selalu buat, kamu semua kalau ada mak jagalah mak betul-betul, kalau dah jauh macam Sajat ni, hanya telefon sahajalah,”luahnya di TikTok.

Pada masa sama, Sajat berterima kasih kepada netizen kerana berkongsi resepi kuih lepat pisang terbabit sehingga dia berjaya memasak kuih tersebut.

“Alhamdulilah jadi (kuih lepat pisang), terima kasih semua kerana tunjuk ajar Sajat,”ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan mahu Sajat kembali kepada keluarganya di Malaysia.

“Tolonglah bagi sajat balik Malaysia jumpa keluarga dia kejap, sumpah tak boleh tengok dia rindu apa yang ada di Malaysia,”tulis @N.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Mata syanteqs.

“Kesian sajat, dia mesti rindu keluarga dia,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI