fbpx

Pelanggan kurang, tapi sewa kedai pula naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar Zaini menunjukkan notis kenaikan kadar sewaan bagi premis perniagaan di Pasar Baru Wakaf Tapai, Marang semalam.

MARANG – Kenaikan kadar sewa di Pasar Baru Wakaf Tapai di sini yang mencecah RM30 hingga RM100 sebulan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan 20 peniaga yang mencari rezeki di lokasi berkenaan.

Menurut peniaga, kadar sewaan tersebut sebelum ini adalah antara RM20 dan RM150 se­bulan dan bakal melonjak kepada RM50 hingga RM250 mengikut jenis dan siaz kiosk.

Seorang peniaga, Anuar Zaini Mohd, 51, mendakwa, kenaikan RM70 terhadap sewaan kiosk ikan dan sayurnya ketika situa­si ekonomi tidak menentu pada masa ini amat membebankan.

“Saya akui kadar sewa RM30 sebulan ini agak murah, namun kenaikan mendadak sehingga RM100 amat membebankan.

“Bagi saya yang menyewa dua lot, kadar kenaikan yang perlu ditanggung mencecah sehingga RM140 sebulan berbanding sebelum ini,” dakwanya ditemui Kos­mo! di Pasar Baru Wakaf Tapai di sini semalam.

Anuar Zaini mendakwa, kadar sewaan baru tersebut tidak berbaloi kerana golongan peniaga kian tertekan ekoran keha­diran pelanggan sudah semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.

Bagi peniaga ikan dan ayam, Samhari Sulaiman, 56, pula, dia mengakui kenaikan kadar sewa bulanan itu bagaikan tidak kena pada masanya.

Jelas beliau, pendapatan mereka juga terjejas teruk ekoran kuasa membeli rakyat yang semakin merosot ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI