fbpx

Op HUU: JSPT KL keluarkan 6,476 keping saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis trafik ketika Operasi HUU yang dijalankan di sekitar ibu negara semalam. FOTO ihsan JSPT KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,476 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, seramai 48 pegawai dan 657 anggota terlibat dalam operasi berkenaan.

“Sebanyak 26 operasi dijalankan semalam iaitu Op Utama (had laju/LSD); Op Utama (lampu isyarat merah); Op Utama (telefon bimbit);Op Motosikal; Op Samseng Jalanan; Op Parkir Haram; Op Perdagangan; Op Mabuk; Op Khas/EBA; Op Pelbagai dan Op Halangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifuddin berkata, antara kesalahan yang direkodkan semalam adalah halangan lalu-lintas (4,816), lain-lain kesalahan (1,285) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (134).

Seterusnya, sebanyak 68 keping saman membabitkan nombor plat, warga tempatan tiada lesen memandu (112), langgar lampu isyarat merah (46), warga asing tiada lesen memandu (12) dan tiga saman kerana berhenti di petak kuning.

“Menerusi operasi yang dijalankan semalam, kita telah mengambil tindakan untuk sita 12 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Selain itu, kita juga menahan tujuh individu atas pelbagai kesalahan trafik serta seorang individu yang terbabit kes penyalahgunaan dadah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI