fbpx

Lebih 67 juta rakyat Amerika obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menaiki skuter elektrik di New York pada 1 Julai 2015. - AFP

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendedahkan bahawa masalah obesiti dalam kalangan penduduk di Amerika Syarikat (AS) kini semakin meruncing, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Khamis lalu, obesiti atau berat badan berlebihan semakin menjadi perkara biasa apabila lebih banyak kes direkodkan di negeri-negeri AS.

Kaji selidik yang dilakukan oleh CDC dan jabatan kesihatan setiap negeri mendedahkan bahawa di 22 daripada 50 negeri di AS, sekurang-kurangnya 35 peratus orang dewasa berdepan masalah obesiti.

Dalam pada itu, semua nege­ri AS turut mempunyai kadar obesiti tinggi iaitu sekurang-kurangnya 20 peratus (67 juta).

Data daripada Sistem Pengawasan Faktor Risiko Tingkah Laku (BRFSS) menunjukkan bahawa pada 2021, hanya 19 negeri mempunyai sekurang-kurangnya 35 peratus orang dewasa yang obes.

Bagaimanapun, data baharu 2022 memaparkan bahawa kadar obesiti meningkat, dengan 22 negeri melaporkan sekurang-kurangnya 35 peratus orang dewasa obes.

Jumlah obesiti tertinggi direkodkan di negeri Louisiana, Oklahoma dan Virginia Barat di mana lebih 40 peratus orang dewasa mengalami obesiti.

Dari segi rantau, secara keseluruhan, obesiti adalah tertinggi di Barat Tengah dan Selatan AS pada kadar kira-kira 36 peratus. Sebaliknya, rantau Timur Laut dan Barat mempunyai kira-kira 30 peratus orang dewasa obes.

Selain itu, CDC mendapati ‘perbezaan ketara’ dalam kelaziman obesiti mengikut kaum dan etnik.

Kira-kira 35 peratus orang dewasa kulit hitam di 38 negeri dilaporkan mengalami masalah obesiti. Sekurang-kurangnya 35 peratus orang dewasa berketurunan Sepanyol di 32 negeri di AS didapati mengalami obesiti.

Angka itu tidak melebihi 35 peratus orang dewasa berketurunan Asia yang mengalami masalah obesiti di mana-mana negeri. Bagi orang dewasa kulit putih, kira-kira 35 peratus kes obesiti direkodkan di 14 ne­geri.

Laporan itu mengkategorikan orang dewasa dengan indeks jisim badan 30 dan ke atas sebagai obes. Data yang direkodkan adalah berdasarkan ukuran ke­tinggian dan berat badan yang dilaporkan oleh mereka sendiri.

Pengarah Pusat Kebangsaan Pencegahan Penyakit Kronik dan Promosi Kesihatan CDC, Dr Karen Hacker, berkata: “Peta kami yang dikemas kini menghantar mesej jelas bahawa sokongan tambahan untuk pencegahan dan rawatan obesiti adalah keutamaan segera.”

“Namun, kami tahu strategi yang berdaya saing adalah menangani faktor sosial yang mendasari kesihatan seperti akses kepada penjagaan kesihatan, makanan yang sihat dan berpatutan dan tempat selamat untuk aktiviti fizikal,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI