fbpx

Ikan naik darat petanda bah di Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tebing sungai di Kampung Iboi mula terhakis akibat arus deras di Sungai Kupang dekat Lata Celak kelmarin.

BALING – Kejadian aneh ikan sungai naik ke darat menjadi petunjuk buat penduduk Kampung Iboi bersiap sedia bahawa banjir besar akan berlaku.

Mahmud Mat Rejab, 78, berkata, dia mengalami kejadian itu dua hari sebelum banjir kelmarin.

“Saya jumpa beberapa ekor ikan sungai naik ke darat dan ini menjadi petanda air akan melimpah. Keadaan ini sama de­ngan yang berlaku pada Julai tahun lalu.

“Hujan lebat pukul empat dan rumah dipenuhi air dua jam kemudian. Trauma tahun lepas dihanyutkan arus deras dan berpaut pada pokok bersama isteri, Halipah Ahmad, 73, tak hilang lagi hendak kena hadap kejadian baharu,” katanya.

Rahmah Din, 58, pula berkata, dia kembali trauma dan takut apabila tebing pasir Sungai Kupang berhampiran rumahnya di Lata Celak terhakis.

“Saya jadi takut kerana ha­nya saya dan anak-anak yang ada. Saya harap kerajaan dapat melakukan sesuatu termasuk membina empangan sabo supaya kejadian ini dapat dielakkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Iboi, Nor Mohamad Che Hussain, berkata pemasangan sistem amaran awal bencana di kaki Gunung Inas juga perlu disegerakan berikutan kebanyakan penduduk masih trauma.

“Kejadian banjir puing bukan saja memberi kesan kepada kemusnahan harta benda, namun ia turut memberi kesan kepada emosi penduduk yang ketakutan setiap kali hujan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI