fbpx

‘Event RXZ’ tenang, motosikal besar kecoh bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA — Sebuah program permotoran bertukar menjadi ‘kecoh’ apabila timbul perselisihan faham dalam kalangan peserta yang berlarutan sehingga berlaku pergaduhan.

Menerusi satu hantaran tular, program tersebut yang berlaku di Desaru, Johor disertai ahli kumpulan motosikal besar yang bergaduh sesama sendiri serta ada yang membaling kerusi.

“Ini apa hal bergaduh baling kerusi, semua otai-otai tu. Majlis macam ini tak ada kena pukat ke?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan perkongsian itu, ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan keberadaan pihak berkuasa dalam mengawal keadaan tersebut, selain menjaga keselamatan orang awam yang hadir.

“Mana penguat kuasa? Jangan cabar undang-undang Malaysia,” tegas Shah Ijan.

Dalam pada itu, orang ramai turut membandingkan Himpunan Yamaha RXZ baru-baru ini yang dilihat lebih tenang dan santai dan tidak melibatkan sebarang kekecohan walaupun diserbu pihak berkuasa.

“Malu dekat budak RXZ, berpuluh ribu yang datang, tak ada pun gaduh. Korang ni mengalahkan budak-budak,” kata Sibo.

“Baik RXZ lah, beribu-ribu hadir okey je. Siap santai boleh dengar ceramah lagi, bila majlis ada berkat,” komen Hise Yunus.

Turut meninggalkan komen, Qila Hafiz yang mengkritik tindakan golongan berumur yang melibatkan diri dalam aktiviti tidak berfaedah seperti itu lebih-lebih lagi sehingga melibatkan pergaduhan.

“Menyampah tengok orang tua berlagak muda. Orang muda aku faham, jiwa tengah muda. Ini yang tua kerepot dah kalau konvoi ada faeadah tak apa juga. Ini dah lah tak faedah pergi konvoi lepas itu nak bergaduh,” ulasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI