fbpx

Diana nak dipimpin Farid di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE berkongsi momen manis dalam Instagram yang mahu dilakukan bersama suaminya, Farid.

HAMPIR setiap hari ada sahaja cerita mengenai pasangan suami isteri yang baru rujuk singgah di telinga Diva, tidak lain tidak bukan pastinya berkaitan Farid Kamil dan Diana Danielle.

Iyalah, siapa sahaja yang tidak suka pasangan yang sudah bercerai rujuk kembali. Berita baik itu memang dinanti-nanti ramai walaupun sebelum ini ada juga yang mengecam.

Selain cerita Farid mencium pipi dan menghantar bunga pada isteri tercinta Diana, wanita itu juga turut melahirkan hasrat ingin dipimpin suami di tepi pantai.

Kedengaran lucu tetapi itu yang dikongsi Diana dalam Instagramnya baru-baru ini apabila dia mengulang siar sebuah video memaparkan tangan seorang wanita dipegang lelaki di tepi pantai.

“Nak juga begini Farid,” katanya ringkas sebelum perkongsian tersebut diulang siar oleh suaminya.

Alahai, nampaknya hati mereka memang sedang berbunga-bunga bahagia.

Mungkin benar perpisahan yang berlaku sebelum ini membawa impak positif yang besar terhadap hubungan mereka.

Kalau mereka gembira, Diva pun tumpang bahagia. Semoga jodoh kekal berpanjangan dan tiada lagi konflik lain berlaku.

DIVA: Betul ke tiket konsert Datuk Zainal Abidin tak laku?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI