fbpx

Arsenal tidak sabar ganyang Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD The Gunners giat menjalani latihan menjelang aksi derbi utara London menentang Tottenham di Stadium Emirates malam ini. – AFP

LONDON – Arsenal tidak memerlukan motivasi ekstra menjelang derbi utara London menentang Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan berlangsung di Stadium Emirates malam ini.

Pengurusnya, Mikel Arteta percaya, barisan pemainnya sedar betapa pentingnya perlawanan itu kepada penyokong-penyokong The Gunners selain usaha mereka untuk terus mencabar takhta kejuaraan musim ini.

Bagaimanapun, Spurs yang berada di bawah bimbingan pengurus baharu, Ange Postecoglou menunjukkan aksi cukup meyakinkan setakat ini apabila berada di tangga kedua selepas menang empat daripada lima perlawanan.

“Kemenangan sentiasa membantu dan dapat mengekalkan semangat semua pemain. Kami tidak memerlukan motivasi tambahan untuk perlawanan ini kerana ia sudah pun dianggap sebagai perlawanan paling penting.

“Justeru, semua pemain sudah tahu apa perlu dilakukan nanti. Mereka (Spurs) ada pengurus baharu yang berjaya mengubah suasana kelab itu sendiri, jadi kami perlu tampilkan aksi terbaik untuk kalahkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Arteta juga belum membuat sebarang keputusan siapakah yang akan memikul tanggungjawab bagi menjaga gawang The Gunners selepas beliau ‘menggugurkan’ Aaron Ramsdale dalam perlawanan sebelum ini.

“Saya akui memang sukar untuk buat keputusan dengan semua pemain. Secara jujur, saya sendiri ‘sengsara’ untuk menentukan siapakah yang akan bermain tetapi itulah yang perlu dilakukan,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI