fbpx

Yang di-Pertuan Agong rindu rakyat Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong bertitah pada Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Bera, di Bandar Bera, Pahang hari ini. - Foto Istana Negara

PETALING JAYA – “Saya sekeluarga masih lagi ada perasan rindu pada rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei. Sudah tentulah Pahang, itu tak pernah tak rindu,” titah yang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, perasaan rindu tersebut tidak boleh dijual beli selain tidak boleh diganti.

“Kepada semua di Borneo, izinkan saya nyatakan di sini, walaupun jauh di mata, tapi tetap di hati kita semua.

“Saya harap orang sana pun begitu juga akan mempunyai perasaan sama merindui orang Pahang. Mudahan dapat keberkatan daripada Allah SWT,” titah baginda pada Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Bera, di Bandar Bera, Pahang hari ini.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah, pengalaman baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga menerusi Kembara Kenali Borneo dicadangkan untuk dibukukan kelak.

“Insya-Allah, saya cadang untuk bukukan, videokan pengalaman manis buat tatapan kami sekeluarga,” titah baginda.

Sebelum ini, Kembara Kenali Borneo yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Seri Paduka baginda berdua untuk mendekati rakyat di Sabah dan Sarawak menamatkan penjelajahan yang bermula 3 September dan berakhir di Telok Melano pada 14 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI