fbpx

[VIDEO] Kapten Kosmo! riuhkan penonton Cub Prix di Gong Badak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Kosmo! agih kipas tangan kepada penonton di Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.

KUALA NERUS – Kehangatan aksi pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di sini turut diserikan penampilan maskot Kapten Kosmo!.

Selain memberi sokongan moral buat Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT), Kapten Kosmo! juga sempat meluangkan masa bersama peminat sukan permotoran yang hadir semalam.

Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya mengagihkan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia, kipas mini, dan jualan barangan cenderahati serta produk eksklusif Kosmo! dan TCPRT.

Salah seorang pengunjung, Tengku Amir Aizat Tengku Manan, 39, dari Kuantan, Pahang berkata, usaha Kosmo! di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. dan TCPRT mendekati peminat sukan permotoran wajar dipuji.

Dia berkata, sebelum ini tidak ramai mengetahui penglibatan akhbar berkenaan bersama salah satu pasukan kategori perdana CP150 dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

“Tidak banyak pasukan yang turun padang bersama peminat dan TCPRT antara yang aktif dalam setiap pusingan perlumbaan di seluruh negara meskipun musim pertama di kategori perdana.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan sukan permotoran terutamanya Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan saya optimis TCPRT mampu menjadi setanding dengan pasukan lain tidak lama lagi,” katanya.

Pada pusingan di Litar Permotoran Terengganu kali ini, TCPRT diwakili tiga pelumba, Harith Farhan Baharin, Qhuwarismi Md. Nasir dan Md. Afizi Supaat bagi kategori CP150. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI