fbpx

Sesi libat urus Belanjawan 2024 di peringkat penilaian – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (kanan) bersama ADUN Padang Lalang, Daniel Gooi (dua kanan) ketika meninjau program Jualan Rahmah di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Sesi libat urus bagi mengumpul maklum balas atau input berhubung Belanjawan 2024 kini telah memasuki fasa terakhir sebelum dibentangkan di Parlimen, pada 13 Oktober depan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, hampir 8,000 penyertaan (maklum balas) secara bersemuka diterima sama ada di peringkat negeri, sektor dan kementerian sejak sesi tersebut dimulakan lebih sebulan lalu.

“Daripada portal Kementerian (Kewangan) pula lebih kurang 10,000 maklum balas. Jadi, semua ini (dapatan daripada maklum balas yang diterima) kita akan rumus dan pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2024.

“Kiranya, sekarang ini kita di peringkat penilaianlah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Jualan Rahmah Kasih Sayang bagi Parlimen Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarahkan barisan Jemaah Menteri mengadakan sesi libat urus Belanjawan 2024 mengikut kapasiti masing-masing untuk mengetahui apa yang diperlukan di peringkat kementerian.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, selain program Jualan Rahmah dengan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta, program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah RM8 bilion juga merupakan antara langkah jangka pendek yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat ketika ini.

“Kerajaan juga akan meneliti kedudukan kewangan dan keperluan semasa sama ada untuk meneruskan program jualan seperti ini pada tahun-tahun berikutnya melalui Belanjawan 2024.

“Dalam hal ini, kita akan pantau dan tambah baik (program Jualan Rahmah) dari semasa ke semasa,” ujar beliau.

Sementara itu juga, kira-kira 1,500 pengunjung membanjiri program Jualan Rahmah kasih Sayang bagi Parlimen Bukit Mertajam yang bermula seawal 8 pagi untuk mendapatkan sehingga 22 barang keperluan harian pada potongan harga antara 10 hingga 30 peratus, hari ini.

Seorang pengunjung, Siti Wahidah Iberim, 32, berkata, dia berharap agar kerajaan dapat mengadakan program jualan murah seperti itu pada setiap bulan dalam usaha untuk meringankan beban rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI