fbpx

PRK Pelangai: Kasim paling awal tiba di pusat penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KASIM (tengah) tiba di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong.

BENTONG – Calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat,62, menjadi calon pertama bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini.

Kasim yang tiba pada pukul 8.18 pagi diiringi penyokong Abdul Khar Awang dan pencadang Abdul Hamid Bahatin.

PRK Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI