fbpx

Penyelia bergaduh dengan pekerja pasal Musang King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelia durian bergaduh dengan pekerja, Lianzheng berhubung durian Musang King di Bedok pada Sabtu minggu lalu. - Foto Shin Min Daily News

SINGAPURA – Seorang penyelia kedai durian Musang King dan seorang pekerjanya terlibat dalam perbalahan yang bertukar ganas di Bedok, Singapura pada Sabtu minggu lalu, lapor portal berita asiaone semalam. 

Pekerja berkenaan, Wang Lianzheng memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa pertikaian bermula apabila penyelia berkenaan mengarahkannya memilih dan membuka dua durian Musang King dan selepas dibuka, mereka mendapati  isi buah  dalam keadaan buruk.

“Dia  menyalahkan saya kerana memilih durian tidak berkualiti, menyatakan bahawa isinya mempunyai bintik hitam. Dia kemudian meminta saya membayar durian itu menggunakan duit saya sendiri,” kata Lianzheng.

Menyifatkan permintaan itu tidak munasabah, dia enggan berbuat demikian menyebabkan penyelia  itu memarahinya dengan menggunakan kata-kata kesat. Dia juga didakwa mengugut untuk memecat Lianzheng.

Dalam keadaan marah, Lianzheng melemparkan kotak wang ke atas meja, tindakan yang menyebabkan penyelianya naik berang.

“Dia meluru dan mencekik saya menggunakan kedua-dua tangan sebelum menolak saya ke meja menyebabkan lebam di belakang dan luka di tangan. Dia juga berulang kali menumbuk perut dan menendang saya beberapa kali, sedangkan saya hanya mampu sedaya upaya untuk melindungi kepala saya,” ceritanya.

Lianzheng kemudian menyatakan walaupun penyelianya terus mengugut dan mengutuknya sepanjang serangan itu, dia tidak melawan.

Pergaduhan berakhir apabila dua rakan sekerjanya bergegas meleraikan pergaduhan mereka. Lianzheng  kemudian menemui doktor dan diberi cuti enam hari kerana kecederaannya.

Lianzheng memberitahu laman berita 8world bahawa selepas dia memaklumkan kepada bos dan pengurus besarnya tentang kejadian itu dan mereka datang datang ke kedai tersebut manakala penyelianya meminta maaf dan dia didesak memaafkan perbuatannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI