fbpx

Pemandu maut lori terbabas langgar pokok sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kluang pagi hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandu membawa muatan pasir hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit dalam kejadian di Kilometer 87 Jalan Batu Pahat – Mersing pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian kira-kira pukul 8.55 pagi itu melibatkan sebuah lori pasir berkapasiti 10 tan dipandu Jasman Ghazali, 57,
yang berasal dari Kampung Parit Haji Hashim di Simpang Renggam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kahang menuju ke bandar Kluang sebelum hilang kawalan dan terbabas sebaik sampai di lokasi kejadian.

“Akibat kejadian itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Mohd. Noor berkata, kejadian berhampiran Kampung Contoh di Kahang itu telah menyebabkan pemandunya ditimbus oleh muatan pasir dibawanya selain tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah bertindak menarik keluar lori tersebut dengan bantuan sebuah jengkaut dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimana pun, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI