fbpx

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika – JPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia menerima status bebas Penyakit Kuda Afrika (AHS) oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada 15 September lalu selepas ia digantung selama tiga tahun.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam kenyataan berkata, melalui surat yang dikeluarkan WOAH kepada pihaknya menyatakan Malaysia memenuhi syarat yang ditentukan oleh badan itu melalui Resolusi No. 15.

“Dalam memastikan status bebas ini dapat dikekalkan, JPV akan terus menjalankan ujian makmal bagi keperluan survelan AHS berdasarkan Article 12.1.5 Terrestrial Animal Health Code,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, JPV ingin menegaskan, jabatan itu sentiasa komited dalam memastikan haiwan dan ternakan di dalam negara bebas dari sebarang ancaman penyakit.

Pada 27 Ogos 2020 lalu, JPV mengesan lima ekor kuda menghidap AHS di Manir, Kuala Terengganu, Terengganu.

Ia Iadalah kes pertama melibatkan wabak AHS dan dapati kesemua haiwan yang berusia tujuh hingga 20 tahun itu didapati positif selepas sampel darah haiwan tersebut dihantar ke makmal.

Kesemua haiwan berkenaan dilupuskan oleh pasukan khas JPV Terengganu dan Putrajaya melalui kaedah suntikan mengikut Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Akta 647). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI