fbpx

KKD sedia kerjasama tangkis berita palsu bekalan beras tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIE CHING menyampaikan khemah kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil daerah Kulai di Pasar Tani Jalan Merbau, Bandar Putra, Kulai hari ini.

KULAI – Kementerian Komunikasi dan Digital sedia bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menangkis berita palsu berhubung kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran ketika ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, ini bertujuan bagi mengelakkan pembelian panik dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan berlakunya pembelian panik.

Katanya, langkah itu dapat memberi nilai tambah kepada kempen yang digerakkan KPDN menerusi pemantauan setiap hari bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi di pasaran.

“Saya rasa yang paling penting adalah kita menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat supaya tak ada pembelian panik yang berlaku ketika ini.

“Saya rasa ini adalah fenomena yang bersifat sementara sahaja dan KKD akan membantu KPDN untuk sampaikan mesej kepada rakyat supaya keadaan ini akan terkawal,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan khemah kepada peniaga di Pasar Tani Jalan Merbau, Bandar Putra, di sini hari ini.

Pada program tersebut, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen menyerahkan sebanyak 120 khemah kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil daerah Kulai.

Nie Ching memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau berita palsu serta informasi mengelirukan mengenai kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran.

Katanya, orang awam boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan tindakan selanjutnya untuk diambil.

Ditanya mengenai laporan polis Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berhubung penularan video lama yang mendapat kecaman warganet, Nie Ching memaklumkan pihak SKMM tidak menerima laporan berhubung perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI