fbpx

KARiSMA 2023 medan cungkil bakat sukan baharu UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (empat dari kanan) ketika majlis perasmian KARiSMA 2023 di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Seramai 2,622 atlet dan 667 pegawai serta pengurusan kontinjen daripada 14 buah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) dalam edisi ke-28 di sini, bermula Rabu lalu.

Berlangsung selama lapan hari, upacara perasmian karnival itu telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar di Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang, di sini.

Dengan tema ‘Atlet Cemerlang, UiTM Gemilang’, KARiSMA 2023 mempertaruhkan sebanyak 1,278 pingat secara keseluruhan dengan 20 buah piala iringan dalam 42 kategori acara sukan dan permainan.

Selain kampus UiTM di Permatang Pauh di sini, beberapa acara sukan lain turut dilangsungkan di tujuh lagi lokasi di seluruh Pulau Pinang.

Sementara itu, ketika berucap sempena perasmian KARiSMA 2023, Abdul Razak berharap agar karnival tahunan universiti itu menjadi medan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi mewakili UiTM ke acara sukan pada peringkat yang lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI