fbpx

Belum layak lelaki kahwin, gaji RM1,500 untuk tanggung ‘dua perut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dalam kegawatan ekonomi, ramai wanita menolak lelaki yang bergaji RM1,500 sebulan kerana dianggap tidak relevan untuk hidup berkeluarga dalam kos sara hidup yang tinggi kini.

Menerusi ciapan oleh @AbudiAlsagoff, individu tersebut bertanyakan kepada para wanita sama ada mereka terbuka untuk menerima lelaki yang meraih gaji RM1,500 sebulan.

Rentetan itu, ramai yang menganggap dan menolak lelaki bergaji RM1,500 kerana tidak cukup untuk menyara hidup sepasang suami isteri apatah lagi untuk membesarkan anak-anak sekeluarga.

“Jujurlah ya, aku nak sara diri aku RM1,500 tu pun tak cukup sebulan. Tu diri aku lah dengan komitmen semua. Bayanglah kalau lelaki nak kawin nak kena jaga dua perut macam mana? Kalau aku jadi lelaki, aku tak berani lagi nak kahwin,” komen MsAverRose.

“Sekarang barang semua naik. Gaji saya yang RM2,500 hingga RM2,800 pun rasa sempit lagi kan RM1,500 nak berkeluarga. Bukan tak bersyukur, tetapi stabil kan dulu,” komen Nur Aini.

“Saya dah anak dua. Duit RM1,500 cuma lepas bayar bil api, air dan hibah. Yang lain seperti bil telefon suami isteri, lampin pakai buang anak-anak, susu, internet, duit belanja dapur dan makan hari-hari semua tak lepas. RM1,500 memang tak cukup zaman sekarang,” komen Nabila.

“Tak ok. Beli barang dapur pun dah RM500 sebulan. Duit rumah, duit kereta. Duit minyak pergi kerja, keluar beli barang dapur. Api dan air isteri tolong, boleh lagi. Nak bagi mak kau belanja. Nafkah isteri macam mana?,” komen HunnyPelangi.

Walau bagaimanapun ada sesetengah wanita yang menganggap jika lelaki bergaji RM1,500 itu berusaha mencari pendapatan melalui kerja sampingan demi kelangsungan keluarga, ia masih boleh dipertimbangkan.

“Kalau itu sahaja sumber pendapatan dia, ‘big no’. Kalau belum kahwin, tunggu dulu sampao stabil sikit baru kahwin. Kalau dah kahwin, usaha ‘upgrade’ gaji. Cari kerja lain atau pendapatan sampingan. Yang penting rajin, bukan redha semata,” komen TilamSabut.

“Kalau dia usaha cari kerja sampingan lain bagus lah. Sentiasa ‘upgrade’ diri daripada sentiasa mencari alasan,” komen seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI