fbpx

Bas terbakar sewaktu pemandu berhenti makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran sebuah bas dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila bas yang dipandu terbakar secara tiba-tiba di Jalan Ibrahim, di sini pagi ini.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar (BBP) Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Muhd. Hazim Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada pukul 11.18 pagi mengenai kejadian.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, didapati terdapat kebakaran bas jenis SKS telah terbakar 70 peratus semasa bas tersebut di petak meletak kenderaan.

“Menurut maklumat awal, bas tersebut dari Ayer Hitam ke Segamat. Setelah selesai menghantar semua penumpang, pemandu bas berhenti seketika di tempat berkenaan untuk membeli makanan.

“Malangnya apabila sampai semula di tempat bas itu, didapati bas sudah terbakar. Mujur pemandu dan penumpang tiada di dalamnya,” katanya ketika ditemui di BBP Segama,t di sini hari ini.

Muhd. Hazim berkata, pihak bomba telah bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu salur bantu mula satu aliran 61 meter satu pancutan dari sumber air pili bomba yang berdekatan.

Ujarnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI