fbpx

Banjir akibat ban runtuh, 33 penduduk dipindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di KM15 Jalan Alor Pongsu - Selama masih boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.

BAGAN SERAI – Kejadian banjir yang melanda di Kampung Matang Tengah semalam dipercayai berpunca daripada ban tali air runtuh sepanjang hampir 7 meter berhampiran dikampung itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Alor Pongsu,Noor Azman Ghazali,berkata, projek pembinaan itu dikelola oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan dijangka siap hujung November nanti.

“Ban yang sedang dibina itu telah terputus menyebabkan air dari sungai melimpah memasuki Kampung Matang Tengah dan masuk ke rumah penduduk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui tengah, malam semalam.

Katanya, seramai 33 orang melibatkan tujuh keluarga menjadi penghuni di pusat pemindahan sementara (PPS)di SK Changkat Lobak setakat pukul 10.20 pagi ini.

Tambah Noor Azman, bahagian teknikal JPS akan mengambil tindakan dan membaiki kerosakan itu dengan segera.

“Jika lambat dalam mengambil tindakan berkemungkinan besar boleh berlaku banjir besar seperti tahun 2021 yang lalu,” ujarnya.

Sementara itu, tinjuan di KM15 Jalan Selama – Alor Pongsu mendapati, air sedalam 0.20 meter melimpahi permukaan laluan itu namun masih boleh digunakan untuk semua kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI