fbpx

Tidak wujud diskriminasi permohonan warganegara – JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. NOTA TERBITAN KOSMO 24 MAC 2018 SABTU MUKA 6 Archived By RM

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan, pihaknya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana permohonan kewarganegaraan yang diterima.

JPN dalam kenyataan memberitahu, permohonan kewarganegaraan adalah sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.

“Setiap fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh pemohon akan diteliti mengikut syarat-syarat perundangan dan prosedur yang ditetapkan sebelum keputusan dikeluarkan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan isu golongan tanpa kerakyatan berhubung kesukaran mendapatkan rawatan yang menunjukkan masalah birokrasi dalam JPN di Sabah.

Bagaimanapun, JPN menafikan laporan itu sebagai tuduhan tidak berasas sama sekali termasuk isu mendakwa golongan itu dihalang untuk mendaftarkan kelahiran oleh JPN Lahad Datu.

JPN memaklumkan, semua kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dan sijil kelahiran akan dikeluarkan sama ada dengan maklumat taraf sebagai warganegara ataupun bukan warganegara.

“Sama sekali tiada halangan untuk ibu bapa bukan warganegara untuk mendaftarkan anak masing-masing.

“JPN sentiasa mengambil kira elemen kebajikan dan kemanusiaan pihak yang berurusan di jabatan ini,” ujarnya.

Tambahnya, menjadi tanggungjawab dan keutamaan JPN melaksanakan tugas mematuhi Perlembagaan, perundangan dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI