fbpx

Siapa mahu, rela bermadu? Linda Nanuwil enggan jadi penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINDA NANUWIL menolak godaan lelaki berstatus suami orang kerana enggan terjebak dalam cinta yang merosakkan hati dan perasaan wanita lain.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Linda Nanuwil tidak akan sesekali menjadi penyondol dalam mana-mana rumah tangga wanita lain meskipun beberapa kali digoda lelaki berstatus suami orang.

Pemilik nama penuh Norlinda Nanuwil, 39, itu berkata, perkara tersebut menjadi prinsipnya dari dahulu sehingga hari ini kerana enggan melukakan hati wanita bergelar isteri.

“Memang ada suami orang cuba mendekati namun saya menolak dengan cara mengelak meneruskan hubungan tersebut sebelum menjadi lebih serius.

“Saya tak mahu digelar perosak rumah tangga orang sebab sedar perkara itu boleh melukakan hati wanita lain,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media teater Lantai T. Pinkie, semalam.

Bercerita lanjut, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu juga mengakui tidak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.

“Setiap kali ada suami orang mendekati, saya cuba letakkan diri dalam situasi isteri mereka. Siapa yang mahu dan rela bermadu?

“Sekali lagi ditegaskan, saya memang menolak mana-mana lelaki berstatus suami orang,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Jika Kau Kekasih itu sekali lagi  bertegas tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki meskipun berkali-kali diasak soalan sama.

“Kerap sangat soalan sebegini diajukan dan ingin dijelaskan bahawa saya tidak pernah berkahwin seperti yang didakwa sebelum ini.

“Masih solo dan saya juga menolak dakwaan sudah bergelar janda juga,” jelasnya sekali gus menepis khabar angin kononnya pernah mendirikan rumah tangga dengan golongan kenamaan sebelum ini.

Menerusi teater Lantai T. Pinkie arahan Siti Rohaya Atan dan Dr. Rosminah Mohd. Tahir, Linda memegang watak sebagai Siti Udaya.

Lantai T. Pinkie merupakan karya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan bakal dipentaskan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 6 hingga 8 Oktober depan.

Selain Linda, teater tersebut turut dibarisi pelakon-pelakon seperti Nabila Huda, Zera Hariz, Faysal Saad, Datuk Tarmimi Siregar dan Datuk Jalaluddin Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI