fbpx

Polis serbu penjara dilengkapi disko, kolam renang, kasino mini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNIT khas polis mengawal senjata dan peluru yang dirampas di luar Penjara Tocoron semalam. – AFP

MARACAY, Venezuela – Pihak berkuasa Venezuela semalam  mempamerkan berpuluh-puluh mesin melombong Bitcoin dan senjata berat seperti pelancar roket serta grenad dari sebuah penjara yang dirampas semula daripada penguasaan geng penjenayah.

Lebih 11,000 polis dan askar yang dibantu sebilangan kereta kebal serta kenderaan perisai menyerbu Penjara Tocoron di utara Venezuela kelmarin.

Penjara itu sudah lama  menjadi pangkalan geng Tren de Aragua yang beroperasi di Venezuela dan negara-negara Amerika Latin yang lain.

Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman, Remigio Ceballos memberitahu wartawan bahawa empat pengawal penjara telah ditangkap kerana disyaki berkomplot dengan anggota-anggota geng berkenaan yang hidup sebagai banduan.

“Tidak akan ada pengecualian. Kami akan membanteras semua penjenayah dan konco mereka,” kata Ceballos yang memuji kejayaan operasi tersebut.

Selepas mengisytiharkan mengambil alih kawalan Penjara Tocoron, kerajaan mula memindahkan seramai 1,600 banduannya ke beberapa lokasi lain.

Penjara itu dilengkapi kemudahan haram seperti sebuah zoo, kolam mandi, kasino mini, disko, padang besbal dan restoran. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI