TEHERAN,Iran – Parlimen Iran pada Rabu lalu meluluskan rang undang-undang baharu membolehkan hukuman lebih keras dikenakan ke atas wanita yang melanggar peraturan pemakaian hijab, lapor portal berita CNN kelmarin.
Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas ulang tahun pertama protes besar-besaran yang tercetus berikutan kematian Mahsa Amini.
Mahsa yang merupakan wanita berketurunan Kurdis-Iran dan berusia 22 tahun, meninggal dunia pada September 2022 ketika dalam tahanan polis moral kerana didakwa tidak mematuhi kod pakaian di Iran.
Undang-undang itu dilaksanakan dalam tempoh percubaan selama tiga tahun dan menetapkan pelbagai peraturan mengenai etika berpakaian yang jika dilanggar, boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun. – AGENSI