fbpx

Penganggur mengaku salah rogol adik ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penganggur berumur 22 tahun didakwa di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol adik ipar berusia 11 tahun di Taman Bersatu, minggu lalu. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol adik ipar berusia 11 tahun di Taman Bersatu, minggu lalu.

Lelaki berusia 22 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu merogol kanak-kanak berusia 11 tahun 8 bulan itu di sebuah rumah di Ipoh kira-kira pukul 11 malam pada 16 September 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pertuduhan dibaca bersama mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Rhozariah Mohd manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh ditangkap Selasa lalu susulan laporan polis dibuat mangsa atas perlakuan tidak bermoral abang iparnya.

Kejadian dikatakan berlaku selepas tertuduh memanggil kanak-kanak itu di ruang tamu rumah dan meminta bantuan mangsa untuk mengorek telinga sebelum secara tiba-tiba menarik mangsa naik ke bilik dan merogolnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI