fbpx

Penduduk teruskan bantahan bina kilang China di Pulau Rempang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAKARTA – Rancangan pemerin­tah membina sebuah kilang kaca China dengan pelaburan 177 tri­lion rupiah (RM53.9 bilion) di Pulau Rempang, Kepulauan Riau, mengundang bantahan hebat penduduk setempat yang menentang usaha untuk merobohkan kampung mereka, lapor portal berita CNN. Menurut CNN Indonesia kelmarin, Didit Wicaksono selaku jurucakap pertubuhan perlin­dungan alam sekitar Greenpeace Indonesia berkata, pihaknya menyokong penduduk Rempang yang telah menetap di pulau itu selama ratusan tahun, menentang pembinaan kilang tersebut. “Sudah semakin jelas bahawa menyelamatkan alam sekitar tidak pernah menjadi keutamaan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan pentadbirannya. Bagi mereka, pelaburan adalah segala-galanya, walau apa pun harganya. Penggunaan kekerasan oleh pa­sukan keselamatan di Rempang mencerminkan dasar ini.” Rempang ialah salah satu da­ri­pada tiga pulau utama yang membentuk wilayah Riau di In­donesia dan menempatkan se­kurang-kurangnya 7,500 penduduk, ramai antara mereka merupakan orang Melayu. Lokasi itu kaya dengan pasir kuarza yang diperlukan untuk pembuatan kaca. Dalam pada itu, syarikat Xinyi Glass yang merancang melabur di Pulau Rempang merupakan antara pengeluar kaca dan panel solar terbesar di dunia serta mempunyai pelanggan terdiri daripada syarikat automobil antarabangsa utama seperti Ford dan General Motors. Kilang kaca tersebut dijangka dapat mewujudkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan. Protes ganas menentang pembinaan kilang itu berlaku buat kali kedua pada 11 September lalu apabila 1,000 penunjuk pera­saan menyerang pejabat Badan Pengusahaan (BP) iaitu agensi tempatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan bandar di Batam. Kumpulan penunjuk pera­saan merobohkan pagar dan menceroboh masuk ke dalam pejabat BP dan mula memba­ling botol, batu serta objek lain ke arah pengawal keselamatan. Protes itu merebak ke kawasan sekitar seperti kantin. Penunjuk perasaan bertindak ganas dengan membaling bom api dan memukul pengawal ke­selamatan, kata pejabat itu dalam satu kenyataan. Ketua BP, Muhammad Rudi kemudian campur tangan untuk meleraikan mereka. Polis pencegah rusuhan turut dikerah ke tempat kejadian. Mereka membedil gas pemedih mata dan meriam air ke arah kumpulan penunjuk perasaan dan menangkap berpuluh-puluh orang. Ia merupakan protes ganas kedua dalam tempoh kurang seminggu setelah huru-hara berlaku pada 7 September lalu apabila pihak berkuasa tempatan serta pihak pemaju melakukan tinjauan tanah. Penduduk tempatan menggunakan batang pokok yang ditebang dan membakar tayar untuk menghalang pegawai serta wakil syarikat Xinyi daripada masuk ke hutan di sekitar kampung mereka. Pemerintah sebelum ini berkata, keluarga yang terjejas akibat pembinaan kilang itu akan menerima tanah seluas 500 meter persegi atau rumah di tempat lain dan pakej pampasan sebanyak 1.2 juta rupiah (RM365.84). Pengkritik-pengkritik berpendapat bahawa tawaran pemerintah tidak setimpal. “Masyarakat sedang diancam kehilangan tempat tinggal, budaya serta mata pencarian mereka. Penempatan semula dan pampasan hanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak boleh menggantikan ingatan kolektif serta identiti penduduk kampung sebagai penduduk asli tempatan,” kata jurucakap Yayasan Bantuan Guaman Indonesia (YLBHI), Arifin Jyanle Ylbhi. “Sekurang-kurangnya 52 penduduk ditangkap. Kami telah menggunakan beberapa peguam sejak itu untuk memberikan bantuan guaman,” tambahnya. Seorang penduduk tempatan yang tinggal di pulau itu selama lebih dua dekad memberitahu CNN bahawa masyarakat setempat telah melakukan semua yang terdaya untuk menghalang pegawai-pegawai daripada merobohkan rumah mereka. “Kami sama ada mempunyai pilihan dibayar untuk berpindah atau berisiko dipindahkan ke tempat lain. Ia menyebabkan ramai penduduk tertekan dan berduka,” katanya. Dalam usaha untuk meredakan ketegangan, Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, pihak berkuasa telah mengenal pasti kira-kira 700 keluarga yang bakal terjejas oleh rancangan pembinaan kilang kaca tersebut. “Kita mesti menggunakan pendekatan berlembut dan beradab untuk menyelesaikan isu ini sambil menghormati penduduk setempat yang sudah tinggal di sana selama beberapa generasi,” ujarnya. Namun, seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an yang tinggal di sebuah kampung tepi laut di Pulau Rempang bersama anak dan cucunya berkata: “Pemerintah Indonesia telah membuat keputusan. Wang dan pelaburan lebih penting. Seolah-olah hak kami tidak penting.” – Agensi

JAKARTA – Rancangan pemerin­tah membina sebuah kilang kaca China dengan pelaburan 177 tri­lion rupiah (RM53.9 bilion) di Pulau Rempang, Kepulauan Riau, mengundang bantahan hebat penduduk setempat yang menentang usaha untuk merobohkan kampung mereka, lapor portal berita CNN.

Menurut CNN Indonesia kelmarin, Didit Wicaksono selaku jurucakap pertubuhan perlin­dungan alam sekitar Greenpeace Indonesia berkata, pihaknya menyokong penduduk Rempang yang telah menetap di pulau itu selama ratusan tahun, menentang pembinaan kilang tersebut.

“Sudah semakin jelas bahawa menyelamatkan alam sekitar tidak pernah menjadi keutamaan Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan pentadbirannya. Bagi mereka, pelaburan adalah segala-galanya, walau apa pun harganya. Penggunaan kekerasan oleh pa­sukan keselamatan di Rempang mencerminkan dasar ini.”

Rempang ialah salah satu da­ri­pada tiga pulau utama yang membentuk wilayah Riau di In­donesia dan menempatkan se­kurang-kurangnya 7,500 penduduk, ramai antara mereka merupakan orang Melayu.

Lokasi itu kaya dengan pasir kuarza yang diperlukan untuk pembuatan kaca.

Dalam pada itu, syarikat Xinyi Glass yang merancang melabur di Pulau Rempang merupakan antara pengeluar kaca dan panel solar terbesar di dunia serta mempunyai pelanggan terdiri daripada syarikat automobil antarabangsa utama seperti Ford dan General Motors.

Kilang kaca tersebut dijangka dapat mewujudkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan.

Protes ganas menentang pembinaan kilang itu berlaku buat kali kedua pada 11 September lalu apabila 1,000 penunjuk pera­saan menyerang pejabat Badan Pengusahaan (BP) iaitu agensi tempatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan bandar di Batam.

Kumpulan penunjuk pera­saan merobohkan pagar dan menceroboh masuk ke dalam pejabat BP dan mula memba­ling botol, batu serta objek lain ke arah pengawal keselamatan. Protes itu merebak ke kawasan sekitar seperti kantin.

Penunjuk perasaan bertindak ganas dengan membaling bom api dan memukul pengawal ke­selamatan, kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Ketua BP, Muhammad Rudi kemudian campur tangan untuk meleraikan mereka.

Polis pencegah rusuhan turut dikerah ke tempat kejadian. Mereka membedil gas pemedih mata dan meriam air ke arah kumpulan penunjuk perasaan dan menangkap berpuluh-puluh orang.

Ia merupakan protes ganas kedua dalam tempoh kurang seminggu setelah huru-hara berlaku pada 7 September lalu apabila pihak berkuasa tempatan serta pihak pemaju melakukan tinjauan tanah.

Penduduk tempatan menggunakan batang pokok yang ditebang dan membakar tayar untuk menghalang pegawai serta wakil syarikat Xinyi daripada masuk ke hutan di sekitar kampung mereka.

Pemerintah sebelum ini berkata, keluarga yang terjejas akibat pembinaan kilang itu akan menerima tanah seluas 500 meter persegi atau rumah di tempat lain dan pakej pampasan sebanyak 1.2 juta rupiah (RM365.84).

Pengkritik-pengkritik berpendapat bahawa tawaran pemerintah tidak setimpal.

“Masyarakat sedang diancam kehilangan tempat tinggal, budaya serta mata pencarian mereka. Penempatan semula dan pampasan hanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak boleh menggantikan ingatan kolektif serta identiti penduduk kampung sebagai penduduk asli tempatan,” kata jurucakap Yayasan Bantuan Guaman Indonesia (YLBHI), Arifin Jyanle Ylbhi.

“Sekurang-kurangnya 52 penduduk ditangkap. Kami telah menggunakan beberapa peguam sejak itu untuk memberikan bantuan guaman,” tambahnya.

Seorang penduduk tempatan yang tinggal di pulau itu selama lebih dua dekad memberitahu CNN bahawa masyarakat setempat telah melakukan semua yang terdaya untuk menghalang pegawai-pegawai daripada merobohkan rumah mereka.

“Kami sama ada mempunyai pilihan dibayar untuk berpindah atau berisiko dipindahkan ke tempat lain. Ia menyebabkan ramai penduduk tertekan dan berduka,” katanya.

Dalam usaha untuk meredakan ketegangan, Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, pihak berkuasa telah mengenal pasti kira-kira 700 keluarga yang bakal terjejas oleh rancangan pembinaan kilang kaca tersebut.

“Kita mesti menggunakan pendekatan berlembut dan beradab untuk menyelesaikan isu ini sambil menghormati penduduk setempat yang sudah tinggal di sana selama beberapa generasi,” ujarnya.

Namun, seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an yang tinggal di sebuah kampung tepi laut di Pulau Rempang bersama anak dan cucunya berkata: “Pemerintah Indonesia telah membuat keputusan. Wang dan pelaburan lebih penting. Seolah-olah hak kami tidak penting.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI