fbpx

Netizen hairan paip dalam tandas rumah bercahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar paip bilik air bercahaya yang dikongsikan seorang pengguna di laman Facebook

PETALING JAYA – Seorang pengguna di laman Facebook berasa hairan dan panik selepas mendapati paip polivinil klorida (PVC) di bilik air rumah ibunya bercahaya seakan-akan ada lampu yang menyinarnya dari bawah.

Menurut hantarannya di dalam kumpulan Facebook Tukang Apa Hari Ini, difahamkan kejadian tersebut hanya berlaku pada waktu siang.

“Mohon bantuan semua. Bilik air rumah emak saya bersinar, macam ada cahaya yang keluar dari bawah batang paip. Kenapa ya, pelik pula saya tengok. Minta pencerahan dari pakar dalam group ini,” katanya dalam sebuah hantaran.

Menurut komen daripada pengguna lain, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik atau menghairankan, lebih-lebih lagi sekiranya paip tersebut nipis atau mempunyai gred yang rendah.

“Apa yang berlaku, cahaya matahari yang lalu ikut saluran tersebut. Itu saluran paip angin. Cuba periksa sama ada penutup pada hujung paip angin itu masih ada atau sudah tertanggal. Bila matahari berada tepat atas kepala, bercahayalah batang paip itu,” jelas seorang pengguna Facebook.

“Sebenarnya, itu cahaya matahari sahaja. Rumah saya pun kadang-kadang berlaku perkara macam ini. Mula-mula risau juga. Tetapi bila diperhatikan betul-betul, kejadian hanya berlaku apabila matahari terik,” kata Rahayu.

“Kalau rasa mengganggu, awak boleh cuba cat paip dengan warna hitam atau tutup dengan papan. Mungkin boleh buatkan ibu awak tenang sedikit,” cadang Ummi.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,300 tanda suka dan 1,200 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI