fbpx

Malaysia buka semula kedutaan di Baghdad – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq di New York hari ini

PETALING JAYA – Kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq selepas lebih 20 tahun ditutup bermula Mac 2003 ekoran pergolakan dalaman di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani dalam satu pertemuan di New York, Amerika Syarikat (AS).

“Dalam pertemuan ini kami berdua bersetuju supaya Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq yang telah tertangguh sekian lama bersidang semula dalam masa terdekat.

“Ia akan menjadi platform dalam berbincang dan merangka skop kerjasama lebih mendalam Malaysia dan Iraq dalam pelbagai sektor terutama ekonomi, pendidikan, hubungan udara dan pelancongan, selain meneroka peluang kerjasama baharu.

“Kami juga berkesempatan bertukar-tukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi Malaysia kini berada di New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Turut bersama beliau Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Selain Perdana Menteri Iraq, Anwar mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di New York hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu memberi peluang untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada sambil meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Thailand.

“Kami juga berpeluang membincangkan pelbagai isu lain melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI