fbpx

Lori bawa muatan tong gas terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori dua tan yang membawa muatan tong gas dilaporkan terbalik di Jalan Impian Gemilang, Saujana Impian, hari ini.

PETALING JAYA – Sebuah lori dua tan yang membawa muatan tong gas dilaporkan terbalik di Jalan Impian Gemilang, Saujana Impian, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.32 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan itu, dua mangsa terlibat yang berumur 40 tahun hanya cedera ringan dan telah dikeluarkan dari kenderaan terbabit oleh orang awam.

“Laporan awal Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Mohd Salleh Bahran melaporkan, kemalangan melibatkan sebuah lori dua tan membawa tong gas dengan nombor pendaftran NCJ 8804.

“Kedua-dua mangsa yang cedera ringan di kepala dan tangan, berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang tiba,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI