fbpx

Kotak berisi barang kemas tercicir atas bonet kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang kemas yang dikatakan tercicir dari bonet kereta.

PETALING JAYA – Kerisauan seorang pengusaha taska di Seremban selepas kotak mengandungi barang kemas hilang pada Rabu lalu masih dirasai memandangkan tiada sebarang pertunjuk diperoleh berhubung kejadian itu.

Suziyana Azmi, 44, berkata, kotak barangan kemas itu tercicir di kawasan perumahan Hijayu, Seremban 2 kelmarin.

Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 10 pagi itu, dia meletakkan kotak berkenaan di atas bonet kereta, namun terlupa sebelum menghantar anaknya ke sekolah.

“Sampai hari ini masih tiada khabar berita, saya tunggu setiap masa jika ada sesiapa yang akan menghubungi memaklumkan mengenai penemuan kotak tersebut.

“Dalam kotak itu terdapat seutas gelang tangan seberat 220 gram yang berharga RM65,000 (sewaktu pembelian dulu). Laporan polis juga sudah dibuat pada hari kejadian.

“Saya harap barang kemas itu masih menjadi rezeki saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, kotak yang turut mengandungi enam utas rantai, dua utas gelang dan tujuh bentuk cincin itu hanya disedari hilang selepas dia pulang dari menghantar anaknya di tadika.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di pos pengawal perumahan Hijayu mendapati kotak barang kemas itu masih berada atas bonet semasa mangsa keluar dari persimpangan Hijayu 1, namun semakan pada CCTV taska menunjukkan kotak berkenaan sudah tiada.

Wanita itu meminta bantuan orang ramai yang menemui barangan kemas tersebut supaya menghubunginya di talian 013-533 2151. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI