fbpx

Kahwin 7 bulan sudah bercerai, ini jawapan Seo In-young

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEO-IN YOUNG

DIDAKWA rumah tangga bergolak dan sudah diceraikan hanya selepas tujuh bulan berkahwin, penyanyi Seo In-young tampil menafikan tuduhan tersebut selain menyatakan hubungannya bersama suami tercinta baik-baik sahaja .

Jelas In-young, dia terkejut dan terkilan dengan khabar angin yang berlegar dalam media sosial sehingga menjejaskam emosinya, suami dan keluarga.

“Saya sangat terkilan, malu dan terkejut apabila ada berita mendakwa saya diceraikan selepas tujuh bulan berkahwin, tuduhan tersebut sangat melampau!

“Memang ada beberapa kali kami bercakap tentang perceraian kerana perbezaan personaliti, namun kesediaan saya untuk memperbaiki diri dan hubungan dengan suami lebih besar daripada keinginan saya untuk bercerai.

“Saya terpaksa menjelaskan semua ini bagi mengelakkan salah faham orang sekeliling. Saya pasti semua orang akan terkejut mendengar berita itu.

“Bergaduh dalam rumah tangga adalah perkara biasa tapi tidaklah sampai mahu bercerai,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI