fbpx

Jalan ditutup, dilencong di Kerian sempena kejohanan LTdL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba dari Pasukan Nusantara Pro Cycling, M. Afiq Othman (kanan) bersama rakan sepasukan membuat latihan kayuhan di sekitar Kuala Terengganu sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2023.-Foto AMIR KHALID/KOSMO!

BAGAN SERAI – Polis meminta orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar dapat memberi kerjasama semasa peserta kejohanan Lumba Basikal Le Tour De Langkawi (LTdL)2023 melalui kawasan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff,berkata,pihak polis akan melakukan penutupan dan lencongan jalan pada 26 September ini bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Laluan yang terlibat ialah Jalan Sempadan,Jalan Taiping,Jalan Ipoh – Butterworth iaitu bermula dari sempadan Taman Pekaka Nibong Tebal/Parit Buntar,Pekan Parit Buntar,Bagan Serai,Semanggol dan Selinsing.

“Jarak keseluruhannya ialah 35 kilometer.”katanya hari ini.

Menurutnya,tindakan itu dilakukan bagi menentukan kelancaran perjalanan dan keselamatan para pelumba dalam kejohanan perlumbaan basikal LTdl 2023.

“Pihak polis berharap kerjasama dari orang ramai agar tiada sebarang halangan atau kerja -kerja dilakukan sepanjang kejohanan tersebut berlansung di daerah ini.

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Kerian ditalian 05-7215222 atau Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Kerian di talian 05-7210539.”katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI