fbpx

Formulasi bahan premium rawat masalah jeragat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRODUK penjagaan kulit wajah Bareskinlab bebas pewangi, merkuri dan bahan terlarang.

JERAGAT merupakan salah satu masalah kulit yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja kerana impaknya yang mengganggu penampilan diri.

Menyedari masalah tersebut, sebuah syarikat bumiputera tampil dengan produk kosmetik berjenama Bareskinlab.

Produk berkenaan diformulasi daripada bahan premium dan aktif sesuai dengan kulit wajah pengguna.

Menurut Pengasas Bareskinlab, Nur Iffah Aqilah Azhan, Bareskinlab merupakan salah satu jenama ‘skincare’ yang bebas daripada pewangi (fragrance), merkuri dan bahan-bahan terlarang.

“Ia amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Semua produk Bareskinlab merupakan formulasi daripada kilang antarabangsa.

“Setiap produk Bareskinlab mempunyai tiga fungsi utama dan mengandungi lima hingga 10 bahan aktif ‘high quality’ yang berkesan untuk masalah kulit wajah pengguna,” katanya kepada Proviu.

Jelasnya lagi, Bareskinlab yang diperkenalkan sejak 2019 menggunakan bahan-bahan premium dan ‘rare’ dalam setiap produknya.

“Contohnya, kami menggunakan kombucha yang merupakan bakteria baik dan tinggi dengan probiotik untuk membantu mengurangkan keradangan kulit serta kemerahan.

“Kombucha juga tinggi dengan antioksidan yang berfungsi membantu merawat kulit daripada kesan sinaran ultraungu (UV).

“Antioksidan berkerja melindungi sel-sel kulit daripada rosak.

“Lebih membanggakan, Bareskinlab merupakan jenama lokal pertama yang menggunakan bahan kombucha dalam produk kecantikan.

“Bahan kedua iaitu bakuchiol yang merupakan alternatif kepada retinol. Ia terbukti selamat dan kurang iritasi pada wajah, selain berfungsi mempercepatkan sel-sel kulit baharu dengan menghasilkan kolagen,” ujarnya.

Tambah Nur Iffah, pihaknya mengambil masa selama hampir setahun untuk proses kajian dan pembangunan (R&D) sebelum produk dikeluarkan di pasaran.

Katanya, dalam proses R&D, mereka amat menitikberatkan setiap maklum balas dan testimoni yang diberi oleh pengguna Bareskinlab sedia ada dengan memberi sample kepada mereka sebelum dijual.

Berkongsi lanjut, Bareskinlab memfokuskan kepada golongan Hawa yang berumur antara 25 hingga 60 tahun dan mempunyai masalah jeragat serius atau apa-apa masalah kulit lain.

“Bagi remaja berusia 12 tahun dan orang lelaki juga boleh menggunakan set ‘skincare’ ini terutamanya mereka yang ada masalah jerawat, parut jerawat, kulit kusam, kulit terbakar (sunburn) dan kulit kering,” katanya yang turut menembusi pasaran Singapura.

Bareskinlab menawarkan harga bermula daripada RM79 hingga RM219 (satu set 4 item) dan pengguna boleh mendapatkan info atau melihat testimoni pelanggan di semua media sosial rasmi jenama itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi Facebook, @Bareskinlab, Instagram dan TikTok @bareskinlab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI