fbpx

Dua remaja lelaki tidak mengaku rogol rakan berusia 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan merogol rakan perempuan berusia 14 tahun yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Dua remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakan perempuan berusia 14 tahun yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp di Kampung Sindu, Simpang Pulai minggu lalu.

Tertuduh berusia 16 dan 17 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua remaja terbabit didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun enam bulan di sebuah rumah di Jalan Gopeng, Kampung Sindu dalam daerah Ipoh pada pukul 4.30 petang pada 15 September 2023 dan 9.30 pagi pada 16 September 2023.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor N. Ganesan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohamad Khazali Yin.

Terdahulu, Ganesan mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin namun Mohamad Khazali memohon jumlah jaminan minimum dikenakan ke atas anak guamnya mengambil kira faktor ekonomi dan tanggungan ibu bapa kedua-dua tertuduh.

Majistret Farah Nabihah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 1 November depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan dokumen lain.

Kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Tangkapan terhadap pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah tahfiz dan rakannya yang sudah tidak bersekolah itu dibuat Ahad lalu susulan laporan polis oleh ibu mangsa setelah menemui anaknya di rumah salah seorang suspek.

Hasil temu bual, mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki yang baharu dikenalinya melalui laman sosial WhatsApp.

Kedua-dua suspek direman lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI